Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Minggu lalu, Manchester City berada 12 mata dari Liverpool di atas puncak liga. Namun situasinya sekarang dan berubah. Di mana Manchester City cuma ada kelebihan 6 mata sahaja berbanding Liverpool.
Manchester City tewas di Tottenham Hotspur di Etihad dengan jaringan 2-3. Perlawanan yang dianggap salah satu perlawanan EPL klasik.
Harry Kane menjadi wira Tottenham. Walaupun golnya sempat dibatalkan, namun Kane menjaringkan gol lewat masa kecederaan hanya beberapa minit selepas gol penyamaan Riyad Mahred menerusi penalti.
Pemain baharu Spurs iaitu Dejan Kulusevki meletakkan pelawat di hadapan hanya selepas 4 minit waktu perlawanan berlangsung.
Di mana bekas pemain Juventus itu mendapat peluang keemasan hasil umpanan Son Heung Min yang menjadi masalah besar buat City sepanjang perlawanan semalam.
Kulusevski tiada masalah untuk menolak bola ke gawang City yang ternganga.
⚽️ …