Usahawan dan personaliti media sosial, Sajat Kamaruzzaman meluahkan rasa pilu apabila mendapat tahu kediaman yang pernah menjadi tempat tinggalnya suatu ketika dahulu telah bertukar pemilik.
Artikel Berkaitan: Rumah Sajat Turun Harga Lagi, Ejen Hartanah Masih Cari Pembeli – ‘Rumah Orang Kaya Memang Susah Nak Dapat Pembida’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Memang Betul Rumah Dilelong, Saya Sudah Duduk Di Australia’ – Sajat
Sajat reda rumah dijual

Menerusi hantaran di Instagram, Sajat mengakui berasa berat hati kerana rumah tersebut banyak tersimpan kenangannya bersama keluarga.
Namun, dia reda dengan ketentuan tersebut kerana menganggap ia bukan lagi rezekinya.
Kenangan rumah ini terlalu banyak untuk dilupakan.
Bila saya dapat tahu rumah ini telah dijual, hati ini sedih tapi saya reda. Mungkin itu bukan lagi rezeki saya.
Walaupun tidak lagi memiliki hartanah tersebut, Sajat tetap berasa bangga dengan pencapaian masa lalunya.
Namun saya tetap bangga. Bangga dengan usaha saya mencari…