Majikan pula berusaha mencari cara terbaik untuk menarik minat bakat berkualiti.

KUALA LUMPUR: Keseimbangan kuasa sudah berubah dalam hubungan antara majikan dan pekerja yang mana calon pekerja, termasuk graduan baharu, mempunyai lebih banyak ruang untuk menyuarakan pandangan terhadap jawatan yang mereka mahu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Graduan, Nabil Marie, trend berkenaan condong ke arah graduan baharu dan pekerja yang semakin menuntut fleksibiliti dalam persekitaran bekerja. Graduan merupakan platform sehenti dalam talian yang menghubungkan para majikan dengan golongan berbakat.
“Sebagai balasan, syarikat cuba mencari cara untuk mengguna pakai susunan kerja hibrid atau lebih fleksibel bagi menarik graduan dan golongan profesional terbaik,” kata Nabil kepada FMT.
“Sebagai contoh, majikan beransur-ansur membenarkan pakaian separa kasual di pejabat,…
