Khususnya, dalam menghadapi saingan sengit dengan pekerja asing. Menurut laporan Sinar Harian, Seri Paduka Baginda bertitah bahawa sikap terlalu memilih bukan sahaja merugikan diri graduan sendiri tetapi turut memberi kesan negatif kepada pembangunan negara.
“Jika terlalu memilih pekerjaan, para graduan akan kekal menjadi pengganggur terhormat dan peluang yang ada akan direbut pekerja asing. Akibatnya awak semua, dan negara yang akan rugi.
“Sebagai generasi baharu yang bakal memimpin negara, saudara-saudari hendaklah menolak sikap buruk ini.
“Budaya dan sikap bergantung hidup boleh membunuh keyakinan diri serta semangat untuk memajukan diri, akhirnya ia akan membenam usaha negara untuk terus maju,” titah Seri Paduka Baginda.
Titah Sultan Ibrahim setiap individu, termasuk generasi muda, pegawai kerajaan dan ahli politik perlu berani melakukan perubahan dalam diri terlebih dahulu untuk memastikan kemajuan yang lebih besar dapat dicapai demi masa depan bangsa dan…
