
PETALING JAYA: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) banyak kali menolak membincangkan kerjasama dengan Warisan bagi PRN akan datang, kata Shafie Apdal.
Presiden Warisan itu menjawab khabar angin bahawa rundingan antara GRS dan Warisan berjalan secara diam-diam, lapor Daily Express.
Shafie berkata, beliau banyak kali mempelawa GRS untuk membincangkan kemungkinan kerjasama, tetapi tidak berjaya.
“Apa respons yang kami dapat? Mereka kata, tidak. ‘Kami tidak mahu bekerjasama dengan Warisan’,” katanya di Kepayan semalam.
“Jadi terpulang kepada mereka. Saya kata, marilah bersatu, (tetapi) jangan bersatu kerana niat yang tamak, (untuk) kuasa dan jawatan.”
Shafie berkata, rakyat Sabah perlu bersatu untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sekarang kerana negeri itu sudah ‘terlalu…