
PETALING JAYA: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) belum menutup pintu kepada “pihak lain” walaupun mengumumkan pembentukan jawatankuasa bagi rundingan antara parti komponen menjelang PRN Sabah, kata Pengerusi Hajiji Noor.
Jawatankuasa yang dipengerusikan Setiausaha Agung GRS Masidi Manjun merangkap timbalan presiden Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), akan turut berbincang dengan parti lain yang membentuk kerajaan negeri ketika ini, terutama Pakatan Harapan.
Hajiji, yang juga presiden Gagasan Rakyat, berkata walaupun perbincangan itu dilakukan bersama rakan parti dalam kerajaan negeri, ini tidak bermakna GRS menutup pintu kepada pihak lain, malah gabungan tersebut sentiasa terbuka selagi ia memberi kebaikan buat Sabah serta rakyatnya.
“Kita fokuskan dahulu kepada perbincangan dengan rakan kita di dalam kerajaan (negeri),” katanya menurut Bernama selepas mempengerusikan…