Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Guan Eng cadang wujud zon kewangan khas di P Pinang

today13 September 2023

Background


Lim Guan Eng berkata zon kewangan khas di Pulau Pinang itu dapat memacu pembangunan dan sektor pembuatan jika diwujudkan. (Gambar Pexels)

KUALA LUMPUR: Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengesyorkan satu zon kewangan khas diwujudkan di Pulau Pinang sama seperti yang diumumkan di Forest City, Johor baru-baru ini, sejajar dengan status negeri berkenaan sebagai hab industri pembuatan.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu berkata ia akan memacu pembangunan dan merancakkan lagi sektor pembuatan, bukan sahaja di zon utara malah di seluruh negara.

“Kalau boleh (zon kewangan) satu untuk selatan dan satu untuk utara,” katanya ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal RMK12 bagi 2023-2025 di Dewan Rakyat.

Pada 25 Ogos, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan Forest City, projek mega pembangunan bercampur di atas empat pulau buatan di perairan Johor sebagai zon kewangan khas bagi meningkatkan pelaburan asing.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nora Mahpar


Previous post