
PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyaman Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng dan sebuah akhbar harian tempatan berhubung laporan yang dikatakan mengandungi dakwaan palsu terhadapnya.
Menurut Lim, Tan berkata dalam laporan The Star bahawa Lim “tidak berani menafikan” dakwaan bahawa beliau telah meminta SJK(C) Kuek Ho Yao menukar namanya sebagai syarat untuk mendapat peruntukan RM4 juta semasa menjadi Menteri Kewangan.
“Ini palsu. RM4 juta itu diserahkan walaupun pembinaan belum dimulakan.
“Sebagai Menteri Kewangan, saya tidak pernah meletakkan syarat SJK(C) Kuek Ho Yao perlu menukar namanya untuk menerima peruntukan sebanyak RM4 juta daripada saya. The Star sepatutnya menerima akibat kerana menjadi penyebar berita palsu,” katanya dalam kenyataan.
Lim…