
PETALING JAYA: Dakwaan bahawa Pakatan Harapan (PH) gagal dalam tempoh 22 bulan memerintah adalah salah dan tidak jujur, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Bekas Menteri Kewangan itu memetik pengurangan kadar tol di Lebuhraya Utara-Selatan, pembaharuan dalam pemerolehan, pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), dan pemberian bantuan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai antara kejayaan gabungan itu.
Dalam temu bual bersama FMT, Lim berkata: “Terdapat banyak perkara yang kami buat. Kami ada tender terbuka dan simpanan yang kami selamatkan. Kami juga dapat memastikan keadaan fiskal dan kewangan Malaysia tidak menjadi lebih teruk. Kami (juga) dapat mengemukakan pertuduhan terhadap mereka yang terlibat dalam 1MDB, kluster mahkamah. Kami hapuskan GST.”
Lim berkata pentadbiran…