
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menggesa kerajaan menyegerakan penggubalan akta perlindungan guru susulan peningkatan tekanan, ancaman undang-undang dan aduan melampau terhadap pendidik oleh segelintir ibu bapa serta penjaga.
Setiausaha Agung Fouzi Singon berkata, akta itu penting bagi memastikan guru dapat menjalankan tugas dalam suasana lebih selamat tanpa dibebani ancaman tindakan undang-undang atau aduan tidak berasas.
“Akta perlindungan guru adalah mekanisme bagi membela hak guru yang sering kali dicabar oleh ibu bapa.
“Akta ini bagi memberikan rasa selesa dan selamat dalam kalangan guru yang melaksanakan tugas mereka dan tidak sewenang-wenangnya diambil kesempatan dari sudut undang-undang serta ancaman oleh ibu bapa atau penjaga murid,”…