Menerusi video yang dimuat naik oleh @ebtissam751, kelihatan cikgu yang dikenali sebagai Sir Badang itu sedang bermain aplikasi imbas muka seperti selebriti luar negara.
Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila dia mendapati mukanya iras penyanyi Kim Seok Jin yang merupakan salah seorang ahli kumpulan popular BTS.
Sir Badang terus bercakap bahasa Korea dengan mimik muka seperti sedang berlakon dalam K-drama. Tetapi, seorang pun tidak faham apa yang dia cakap kerana kedengaran seperti sedang mencarut.