Dipercayai, kejadian itu berlaku pada jam 11.30 pagi, 5 Jun lalu ketika mereka berada di DHL Warehouse Sungai Tiram, Bayan Lepas.
Mereka dengan sengaja telah mencapai niat bersama menghantar tiga bungkusan dari pejabat mereka di Kuala Lumpur ke Ayer Itam, Pulau Pinang dengan menggunakan balutan yang bercetak tulisan ayat al-Quran bagi melukakan perasaan keagamaan kepada orang itu.
Gambar tersebut telah tular di media sosial sejak beberapa hari sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa.
Difahamkan, bungkusan itu dihantar oleh sebuah syarikat percetakan di Jalan Tun Razak, Cheras ke Pulau Pinang menggunakan perkhidmatan kurier.
Mahkamah kemudian menetapkan denda sebanyak RM5,000 setiap seorang atau lima bulan penjara jika gagal bayar denda.
Semua tertuduh kemudian membayar jumlah denda yang dikenakan terhadap mereka.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, laporan polis dibuat oleh penghantar kurier berusia 41 tahun itu selepas melakukan pemeriksaan…