Suspek mendakwa wang tunai RM3,200 dirompak sebaliknya digunakan membayar hutang judi dan pinjaman ahlong.

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan selepas membuat laporan palsu konon dirompak, sebaliknya wang RM3,200 milik ibunya digunakan untuk membayar pinjaman ahlong dan hutang judi.
Suspek berusia 20 tahun yang juga pekerja kilang ditahan selepas polis menjalankan siasatan berhubung laporan dibuatnya pada 8.39 malam semalam, mendakwa dia dirompak.
Ketua Polis Padawan, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata wang tunai berjumlah RM3,200 yang didakwa disamun itu sepatutnya dikirim suspek kepada neneknya untuk tujuan membaiki rumah di kampung.
Katanya, suspek dalam laporan polis mendakwa disamun dua lelaki selepas dihalang ketika menunggang motosikal di Jalan Batu Kawa Moyan berdekatan Taman Sri Moyan, Kuching, 7.45 malam.
“Suspek memaklumkan dua lelaki tidak dikenalinya dan memakai topeng dengan salah…