Site icon Hot FM

Guna helikopter kerajaan jangan sampai ‘makan diri’, Bersih ingatkan PM


Bersih menggesa kerajaan persekutuan dan parti pembangkang bincang menggubal undang-undang mengawal keputusan, tindakan, dan penggunaan sumber kerajaan dalam tempoh pilihan raya.

PETALING JAYA: Bersih memberi ingatan kemungkinan tindak balas terhadap respons Anwar Ibrahim menjawab kritikan berkait penggunaan helikopter melawat penempatan Felda, walaupun atas pertimbangan pragmatik.

“Sikap ‘angkuh’ dan ‘bongkak’ seperti yang ditunjukkan oleh PM mungkin akan memakan diri sendiri kerana rakyat tidak akan bersetuju dengan salah guna jentera kerajaan untuk berkempen,” kata badan pemantau pilihan raya itu dalam kenyataan.

Awal hari ini, Anwar berkata, beliau berhak menggunakan kemudahan itu berikutan kedudukannya sebagai perdana menteri, sebagai menjawab kritikan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor yang mengatakan beliau boleh menggunakan kenderaan darat lain.

“Kerajaan punya (helikopter), bukan aku punya. Hang tak boleh pakai, perdana menteri boleh pakai,” katanya menurut…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version