
SHAH ALAM: Seorang kakitangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Klang didenda RM17,000 atau penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan pilihan iaitu menggunakan invois palsu sebuah syarikat sebagai tulen lima tahun lepas.
Hakim Anita Harun menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Zamadi Mohd Zain, 43, yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi PPK Klang, menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan.
Mengikut tuduhan, lelaki itu didakwa dengan curang menggunakan invois palsu sebuah syarikat berjumlah RM17,000 sebagai tulen di Pejabat PPK Klang dekat sini pada 15 Jan 2018.
Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 465 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya. Mohd Zamadi membayar…