Hot FM

Guna kebijaksanaan lulus RUU Perkhidmatan Parlimen, Anwar seru wakil rakyat


dewan rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen akan dibaca buat kali kedua oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat esok. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru ahli Dewan Rakyat menggunakan kebijaksanaan dalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen yang akan dibaca kali kedua oleh beliau esok.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata proses untuk merangka pengasingan pentadbiran urusan dan kuasa Parlimen yang bebas itu bukan sesuatu perkara mudah kerana ia melibatkan perbincangan panjang antara speaker dan kakitangan serta pihak berkepentingan lain.

“Ini akan memberi satu ketetapan tentang kematangan proses demokrasi dalam negara, Parlimen itu sebagai mercu tanda kebebasan dan bersuara Ahli Parlimen.

“Bila ada kuasa, itu dimanfaatkan untuk melaksanakan program dan ini antara yang agak penting kerana ia sekali lagi menunjukkan keupayaan kita memperbaiki sistem pentadbiran demokrasi.

“RUU yang akan dibentangkan esok…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version