Syarikat itu didakwa menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula menggunakan logo halal serta menjualnya ke pasaran di seluruh negara.

JOHOR BAHRU: Sebuah syarikat makanan sejuk beku didenda RM1.5 juta oleh Mahkamah Sesyen kerana memiliki, menawarkan dan menggunakan logo halal palsu berkaitan kartel daging pada Dis 2020.
Hakim Fatimah Zahari menjatuhkan hukuman itu selepas Pengarah LY Frozen Food Sdn Bhd, Yong Chee Keong, 42, yang mewakili syarikat berkenaan, mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan.
Mahkamah turut menjatuhkan hukuman denda RM100,000 atau penjara enam bulan ke atas Yong, yang berdepan dan mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan sama namun melepas tanpa membebaskan seorang lagi pengarah syarikat itu Tan Siew Huak, 44,…