PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) Terengganu memuji keputusan Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar menggunakan logo dan tema sambutan Hari Kebangsaan seperti diumumkan kerajaan pusat di negeri itu.
Ketuanya Raja Kamarul Bahrin Shah berkata pendirian dinyatakan Samsuri tepat dan kena pada masa untuk diikuti pembangkang dan juga kerajaan negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN).
“Rakyat jelata telah penat dengan politik anarki dan kebencian.
“Sudah sampai masanya kita merapatkan saf sesama kita membina negara mengatasi keadaan dunia yang tidak menentu penuh kemelut,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, Samsuri berkata, pihaknya akan menggunakan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini iaitu “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” dan logo Malaysia Madani.
“Segala persediaan telah dibuat untuk menganjurkan sambutan dan kita akan meneruskan dengan keputusan…