

Kerajaan dituntut guna pengaruh perdagangan untuk mempertanggungjawabkan syarikat ladang terlibat kebakaran hutan di Indonesia yang membawa insiden berulang jerebu rentas sempadan, kata Lee Chean Chung.
Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya yang kini ahli Barsama, berkata syarikat ladang Malaysia beroperasi di Indonesia patut diwajib mendedahkan peta konsesi serta rekod kebakaran mereka menerusi Bursa Malaysia dan Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Dalam kenyataan, Lee turut mencadangkan syarikat yang dikaitkan kebakaran berkenaan dilarang menyertai perolehan kerajaan, menerima pensijilan dan insentif, selain identiti syarikat didedahkan.
“Modal (daripada syarikat) Malaysia tidak boleh mengaut keuntungan daripada asap yang meracuni paru-paru rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan itu.
Lee juga menyeru kerajaan memperkenalkan…