
PETALING JAYA: Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) berpandangan penggunaan kaedah pembelian menerusi 36,000 peruncit berlesen bagi beras putih tempatan (BPT) 10kg bersubsidi untuk keluarga miskin tidak menyelesaikan masalah ketirisan.
Exconya, Raymond Woo berkata beliau bimbang penjualan menerusi peruncit itu tidak sampai kepada 400,000 ketua isi rumah (KIR) miskin, termasuk 77,000 KIR miskin tegar.
“Kaedah guna rantaian peruncitan untuk jual beras (untuk rakyat miskin) tidak betul. Jika guna rantaian peruncitan kepada 35 juta rakyat sesuai.
“Tetapi jika sasaran begitu iaitu hanya untuk 400,000 KIR miskin tidak sesuai kerana takut akan ada (isu) pencatutan dan ketirisan,” katanya kepada FMT.
Semalam, Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Badrul Hisham Mohd berkata…