Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Umum tahu, sudah beberapa bulan rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk merentas negeri tanpa syarat yang kukuh akibat penularan wabak COVID-19. Larangan ini dibuat dalam mengelakkan wabak ini terus menular sekiranya dibiarkan orang ramai bergerak dengan bebas.
Dalam pada itu, di sebalik larangan yang dibuat, masih terdapat sekumpulan individu yang mengambil langkah yang berbeza dengan menyewa ambulans swasta untuk merentas negeri ke Gemas, Negeri Sembilan.
Difahamkan ambulans yang disewa dinaiki oleh sebuah keluarga terdiri daripada seorang lelaki berusia 30 tahun bersama ibunya yang berusia 70 tahun serta dua lagi anak kecil untuk pulang ke kampung. Mereka dimaklumkan telah mengambil khidmat ambulans swasta yang datang mengambil mereka di Taman Bahagia dengan bayaran RM1,300.
Keluarga ini walau bagaimanapun berjaya dikesan pihak polis menerusi Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kampung Tanjung…