Hot FM

Gurau tak bertempat, remaja lelaki rentung dalam tandas awam



Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis, berkata pihaknya mendapati mangsa, Muhamad Damin Mikhail Kansol, 16, rentung di tandas awam. (Gambar Bomba)

PETALING JAYA: Gara-gara ingin bergurau dengan rakan membawa padah apabila seorang remaja lelaki ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah tandas awam di Bandar Puncak Alam, petang tadi.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.35 petang dan apabila tiba di lokasi didapati api telah padam serta menemukan Muhamad Damin Mikhail Kansol, 16, yang rentung di tandas awam.

“Bomba seterusnya mengeluarkan mangsa dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, hasil maklumat saksi dan dua rakan kepada mangsa, mereka bertiga sedang melepak dan bermain di dalam tandas tersebut, manakala mangsa sedang tidur di atas sofa di hadapan pintu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version