Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata lebih 6,000 pegawai di perkhidmatan pendidikan memohon persaraan pilihan sejak dua tahun lalu.

PETALING JAYA: Guru Bahasa Malaysia dan English adalah yang paling ramai memilih untuk bersara awal dalam perkhidmatan pendidikan sejak dua tahun lalu, kata Kementerian Pendidikan.
Dalam jawapan bertulis parlimen, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata lebih 6,000 pegawai di perkhidmatan pendidikan memohon persaraan pilihan.
Persaraan pilihan dibuka untuk mereka yang berusia 50 tahun dalam sektor kerajaan yang dilantik selepas 1991. Umur bersara wajib pula antara 55 hingga 60 tahun.
“Berdasarkan rekod bilangan pegawai perkhidmatan pendidikan yang memohon persaraan pilihan berdasarkan enam opsyen utama tertinggi dari 2021 hingga 2022 adalah seperti berikut:
“Bahasa Malaysia (2,862), English (1,146),…