Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Guru didakwa 5 tuduhan amang seksual pelajar

today4 February 2025

Background


gavel
Tertuduh, Ahmad Fairus Abu Zaik, 44, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar hari initerhadap lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua pelajar antara Ogos hingga November 2023. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kangar hari ini terhadap lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua pelajar lelaki berusia 13 tahun antara Ogos hingga November 2023.

Bagaimanapun, tertuduh, Ahmad Fairus Abu Zaik, 44, mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.

Mengikut kertas pertuduhan pertama hingga keempat, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh bahagian kemaluan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun di bilik media sekolah menengah agama di Simpang Empat, Kangar sekitar 2.30 petang, 3 petang, 2.40 petang dan 10 malam pada 21 Ogos, selain 13 Sept dan 27 Nov 2023…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post