Hot FM

Guru didakwa kasari murid autistik


M Thinesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan kekerasan terhadap seorang murid lelaki autistik di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak istimewa. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang guru didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan kekerasan terhadap seorang kanak-kanak lelaki autistik di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak istimewa, minggu lalu.

Bagaimanapun, M Thinesh, 33, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret, Shahril Anuar Ahmad Mustapha, lapor Bernama.

Mengikut pertuduhan, Thinesh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di sebuah pusat jagaan kanak-kanak istimewa di sini pada 11.50 pagi, 16 Julai lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Asmaa’ Zamri menawarkan jaminan RM1,000 dengan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version