
PETALING JAYA: Guru lelaki dipercayai lemas ketika memancing di Sungai Pahang, berhampiran jeti Chenor, Maran dekat Kuantan, petang tadi.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Maran, Mohd Nor Azhar Yusof, 53, berkata Murdani Ab Rahman ketika itu sedang memancing di atas rakit bersama rakannya, cuba mengambil kerusi di sebuah bot bersebelahan sebelum tergelincir.
“Mangsa telah disedari terjatuh ke dalam Sungai Pahang kira-kira 6 petang dan satu laporan polis berkenaan dengannya telah dibuat. Susulan itu, Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) telah diaktifkan bagi menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.
“Proses pencarian (surface searching) bermula selepas taklimat oleh bomba dengan melibatkan pasukan bomba, APM, dan juga polis,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata, operasi pencarian sedang berjalan hingga kini dan akan…