Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Guru fobia air gagal dapat kebenaran merayu batal keputusan dipecat

today25 March 2024

Background


Yahaya Wahi, 44, dipecat daripada perkhidmatan perguruan pada 9 Ogos 2019 dengan beliau mendakwa fobia air selepas hampir lemas semasa kanak-kanak.

PUTRAJAYA: Seorang guru sekolah rendah gagal memperoleh kebenaran Mahkamah Persekutuan meneruskan usaha membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan pemecatannya kerana tidak hadir ke sekolah selama 1,535 hari adalah sah.

Panel tiga hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim Mahkamah Persekutuan Zabariah Mohd Yusof dan Rhodzariah Bujang membuat keputusan menolak permohonan Yahaya Wahi.