Hot FM

Guru fobia air gagal dapat kebenaran merayu batal keputusan dipecat


Yahaya Wahi, 44, dipecat daripada perkhidmatan perguruan pada 9 Ogos 2019 dengan beliau mendakwa fobia air selepas hampir lemas semasa kanak-kanak.

PUTRAJAYA: Seorang guru sekolah rendah gagal memperoleh kebenaran Mahkamah Persekutuan meneruskan usaha membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan pemecatannya kerana tidak hadir ke sekolah selama 1,535 hari adalah sah.

Panel tiga hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim Mahkamah Persekutuan Zabariah Mohd Yusof dan Rhodzariah Bujang membuat keputusan menolak permohonan Yahaya Wahi.

Dalam penghakimannya, Abang Iskandar berkata permohonan Yahaya gagal memenuhi kehendak Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

“Tiada persoalan undang-undang yang baharu atau isu kepentingan awam yang perlu diputuskan dengan lebih lanjut,” katanya.

Individu yang ingin meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan perlu memperoleh kebenaran untuk berbuat demikian dan hendaklah meyakinkan mahkamah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version