

Seorang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Sungai Ara, Pulau Pinang, Sabtu lepas.
Ketua Polis Barat Daya Anuwal Ab Wahab berkata, usaha mengesan Mohamad Hijazi Zamri, 26, sedang giat dijalankan.
Menurutnya, Mohamad Hijazi berketinggian 155cm dengan berat 54kg, berkulit sawo matang dan berambut hitam.
“Mohamad Hijazi kali terakhir dilihat memakai baju-T lengan panjang berwarna oren dan seluar panjang hitam,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.
Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Mohamad Hijazi diminta menyalurkan kepada polis melalui talian 04-8662222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sementara itu, bapa Mohamad Hijazi, Zamri Saidin, 53, berkata, anak sulungnya itu didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar menunaikan solat Isyak di sebuah surau…