Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Guru Kafa, imam terima bayaran khas RM600 Isnin ini

today15 April 2023

Background


Menteri hal ehwal agama berkata bayaran secara one-off itu juga diberikan kepada siak dan takmir.

Sebelum ini, kerajaan bersetuju memberikan sumbangan khas RM600 kepada 70,000 imam, siak, guru Kafa serta takmir membabitkan peruntukan lebih RM40 juta.

PUTRAJAYA: Bayaran sumbangan khas sebanyak RM600 secara one-off kepada imam, siak, guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) serta takmir akan dibuat mulai Isnin ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar.

Menerusi kenyataan media hari ini, beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas sesi perbincangan bersama antara Kementerian Kewangan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini.

Katanya, bantuan khas berkenaan adalah sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Feb lepas.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa menghargai jasa bakti murabbi ummah yang mendidik masyarakat selain berharap…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post