Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Guru pondok, asatizah perlu didik masyarakat jauhi perbuatan hina agama

today16 March 2025

Background


Menteri Na’im Mokhtar ajak masyarakat Islam dan bukan Islam untuk bersama-sama elak terbabit dalam sebarang bentuk penghinaan agama. (Gambar Bernama)

PENDANG: Guru-guru di institusi pondok dan asatizah perlu memainkan peranan mendidik masyarakat agar menjauhi sebarang perbuatan menghina mana-mana agama yang boleh mencetuskan ketidaktenteraman dalam masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Na’im Mokhtar berkata golongan ilmuan Islam khususnya guru pondok berperanan penting dalam mendidik memandangkan mereka diberikan kepercayaan dan harapan tinggi oleh masyarakat.

“Kalau guru-guru pondok dapat mainkan peranan untuk mengajak masyarakat jangan sesekali terlibat dalam sebarang bentuk menghina mana-mana agama, insya-Allah kita boleh bina keamanan dalam negara kita,” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Santun Du’at Al Falah di Pondok Mustaq Sungai Jagong, semalam.

Dalam konteks penghinaan terhadap agama Islam, Na’im berkata pihaknya terus…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Kedah lakar kemenangan pertama

Alor Setar : Pasukan futsal Kedah memperoleh motivasi terbaik dalam memulakan saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) Divisyen 1 2025 apabila berjaya bangkit mengutip tiga mata berharga selepas menewaskan Sabah FC 3-1 di Stadium Sultan Abdul Halim semalam.

today16 March 2025