Hot FM

Guru pondok, asatizah perlu didik masyarakat jauhi perbuatan hina agama


Menteri Na’im Mokhtar ajak masyarakat Islam dan bukan Islam untuk bersama-sama elak terbabit dalam sebarang bentuk penghinaan agama. (Gambar Bernama)

PENDANG: Guru-guru di institusi pondok dan asatizah perlu memainkan peranan mendidik masyarakat agar menjauhi sebarang perbuatan menghina mana-mana agama yang boleh mencetuskan ketidaktenteraman dalam masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Na’im Mokhtar berkata golongan ilmuan Islam khususnya guru pondok berperanan penting dalam mendidik memandangkan mereka diberikan kepercayaan dan harapan tinggi oleh masyarakat.

“Kalau guru-guru pondok dapat mainkan peranan untuk mengajak masyarakat jangan sesekali terlibat dalam sebarang bentuk menghina mana-mana agama, insya-Allah kita boleh bina keamanan dalam negara kita,” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Santun Du’at Al Falah di Pondok Mustaq Sungai Jagong, semalam.

Dalam konteks penghinaan terhadap agama Islam, Na’im berkata pihaknya terus…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version