
PETALING JAYA: Polis telah merujuk kertas siasatan kepada pejabat timbalan pendakwa raya untuk arahan selanjutnya berhubung dakwaan seorang murid sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kerian Juna Yusoff berkata pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada ibu kepada murid terbabit yang mendakwa anaknya cedera akibat dipukul seorang guru lelaki berusia 30 tahun pada 10 Dis lepas.
Beliau berkata wanita berusia 40 tahun itu kemudiannya menarik semula laporan polis yang dibuat pada keesokan harinya kerana enggan memanjangkan kes tersebut.
“Bagaimanapun, baru-baru ini pengadu sekali lagi tampil membuat satu laporan polis memohon pihak polis meneruskan siasatan dan mahu tindakan lanjut diambil ke atas guru lelaki terbabit,“ katanya menurut laporan Bernama.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 323…
