Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Guru rugi RM200,000 akibat skim pelaburan tak wujud

today12 September 2023

Background


Polis berkata mangsa pada mulanya menghubungi seorang lelaki melalui Facebook dan WhatsApp untuk pembelian buku bahasa Cina 11 Ogos lalu.

PETALING JAYA: Seorang guru tuisyen kerugian RM206,000 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud baru-baru ini.

Ketua Polis Batu Pahat, Ismail Dollah, berkata mangsa wanita berusia 48 tahun membuat laporan Isnin lalu.

“Menerusi laporan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Batu Pahat, mangsa memaklumkan pada 11 Ogos lalu berurusan dengan seorang lelaki melalui Facebook dan WhatsApp.

“Mangsa menghubungi lelaki berkenaan untuk pembelian buku bahasa Cina terpakai. Selepas itu mangsa diajak suspek menyertai skim pelaburan menjanjikan pulangan lumayan,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, suspek meminta mangsa menekan pautan pelaburan dengan memasukkan identiti pengguna dan kata laluan diberikan kepadanya.

Katanya, bagi meyakinkan mangsa, suspek mendakwa terdapat keuntungan USD200,000 yang belum ditebus dan mangsa juga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post