Wanita itu diragut lelaki bermotosikal selepas membeli barang di sebuah pasar raya di Mentakab.

PETALING JAYA: Seorang guru kerugian RM30,000 selepas rantai emasnya diragut lelaki bermotosikal dalam kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Mok Hee Kiang, Mentakab.
Bagaimanapun, mangsa wanita berusia 49 tahun tidak mengalami kecederaan, dalam kejadian kira-kira 1.40 tengah hari semalam.
Timbalan Ketua Polis Temerloh, Roslee Omar, berkata kejadian berlaku ketika mangsa berjalan bersama anaknya menuju ke kereta diletakkan di tepi jalan sebaik selesai membeli barang.
Katanya, mangsa kemudian dihampiri lelaki tidak dikenali menaiki motosikal jenis Yamaha Y16 sebelum meragut rantai emas dipakainya.
“Selepas meragut barang kemas mangsa, suspek yang berpakaian jaket hitam dan bertopi keledar kelabu segera melarikan diri,” katanya menurut Sinar…