

Guthrie menafikan laporan yang mendakwa anak syarikat atau pekerjanya mencetuskan kebakaran hutan di Indonesia, sambil menyifatkan tuduhan itu tidak disokong bukti kukuh.
Menerusi satu kenyataan, syarikat perladangan itu berkata pemeriksaan terkini di lapangan tidak mengesan kebakaran aktif di mana-mana ladangnya di negara jiran terbabit selain menafikan beberapa syarikat dikaitkan, tidak dimiliki oleh Guthrie.
“Pemeriksaan tidak menemukan sebarang bukti bahawa kebakaran berpunca daripada anak-anak syarikat atau pekerja Guthrie. Beberapa syarikat yang telah dikaitkan dengan Guthrie dalam laporan awam juga sebenarnya tidak dimiliki, diurus mahupun dikawal oleh Guthrie.
“Sebarang rujukan kepada Guthrie yang bersandarkan maklumat lama atau tidak tepat perlu…