
Had pembelian beras putih tempatan 10kg berharga RM26 kini dinaikkan kepada lima kampit bagi setiap transaksi berbanding dua kampit sebelum ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata kelonggaran itu mengambil kira permintaan dan keperluan semasa pengguna memerlukan, khususnya ketua isi rumah (KIR) miskin.
“Sebanyak 3.16 juta kampit beras putih tempatan 10kg telah diagihkan melalui lebih 47,000 premis runcit berdaftar di seluruh negara setakat pertengahan April ini.
“Negeri seperti Selangor, Kedah, Perak dan Johor mencatatkan jumlah agihan tertinggi. Langkah ini antara usaha penting kementerian untuk menjamin keterjaminan bekalan beras rakyat secara konsisten.”
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan…