
PETALING JAYA: Pakatan Harapan perlu menerima kritikan atas keputusannya melaksanakan penyasaran subsidi diesel berbanding merungut mengenainya, kata bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin.
Dalam episod terbaharu audio siar “Keluar Sekejap”, Khairy berkata, PH perlu menangani kecaman itu.
“Sebab awak dulu bila jadi pembangkang, cakap macam-macam. Macam herolah, macam menang hari ini, semua benda akan jadi ‘free’.
“Jadi, bila dah jadi kerajaan, dah tahu. Dah tahu buat kali pertama dalam hidup awak, menjadi seorang manusia yang bertanggungjawab. Jadi, kena hadaplah.
Beliau berkata kecaman dihadapi pemimpin kerajaan adalah hasil kenyataan dibuat mereka ketika menjadi pembangkang.
“Jangan merungut kerana dulu anda cakap macam-macam dan hari ini ludah itu jatuh pada muka, sapu sajalah.”
Pada 2013, Rafizi Ramli daripada PKR yang…