
PETALING JAYA: Lim Kit Siang tertanya sama ada Hadi Awang akan memberi laluan kepada Samsuri Mokhtar untuk memimpin PAS, susulan kemenanganya pada PRK Kemaman.
Malah, veteran DAP itu berpandangan Samsuri boleh memimpin sebuah PAS yang bersifat lebih sederhana dan terbuka, serta menjadi parti yang menolak ucapan kebencian, penipuan, fitnah, dan berita palsu.
“Perkara-perkara yang sudah menjadi sinonim dengan PAS sejak meninggalkan Pakatan Rakyat pada tahun 2015,” katanya dalam kenyataan.
Lim khuatir akan masa depan negara sekiranya parti utama di Parlimen dipimpin oleh wakil-wakil rakyat yang “gagal untuk membezakan di antara kebenaran dan penipuan atau mengenal pasti fitnah, berita palsu, dan perkara yang tidak tepat.”
“Persoalannya sekarang adalah sama ada Hadi Awang akan meletakkan jawatannya sebagai presiden PAS untuk membolehkan Samsuri mengambil alih,”…
