

Presiden PAS Hadi Awang berkata partinya sudah menegur Bersatu berhubung isu berbangkit dalam mesyuarat, pertemuan khusus dan peribadi, namun mendakwa tiada tindakan diambil kerana ia sibuk dengan masalah dalaman.
Beliau berkata, masalah dalaman itu termasuk pemecatan, penggantungan dan tindakan keluar parti dalam Bersatu, yang menurutnya menjejaskan kekuatan Perikatan Nasional (PN) kerana membabitkan jumlah ramai.
Walaupun tidak menyebut secara khusus masalah dalaman itu, Hadi mungkin merujuk pemecatan Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin sebagai ahli serta timbalan presiden Bersatu.
Turut dipecat pemimpin menyokongnya seperti Saifuddin Abdullah, Wan Saiful Wan Jan dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Dalam tulisan Minda Presiden, Hadi membangkitkan isu seperti tindakan dilihat melemahkan dan memperbodohkan PAS yang cuba meneroka…