
PETALING JAYA: Golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera dikatakan kumpulan majoriti menjadi perosak politik dan ekonomi negara, dakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Beliau juga memberi perbandingan melawan rasuah dengan usaha mencegah “penyakit denggi”.
Katanya, mencegah denggi bukan sekadar merawat pesakit dan membunuh nyamuknya, tetapi juga bertindak terhadap takungan air yang membiakkan nyamuk dan manusia yang tidak menjaga kebersihan.
“Begitulah juga dengan usaha menangani penyakit rasuah, ia wajib dilakukan secara holistik supaya tidak menjadi wabak apabila diambil tindakan yang tidak menyeluruh sehingga ke akar umbinya. Khususnya, terhadap mereka yang menjadi punca rasuah kerana mengejar harta secara haram.
“Sehinggakan, dalam kalangan mereka itulah yang menguasai ekonomi negara lalu menggunakannya bagi merosakkan politik, urusan pentadbiran dan…