JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan menyiasat kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang dipercayai mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar, dua hari lalu.
Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.
Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum hingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
“Polis kontinjen Johor menasihatkan orang ramai tidak menyentuh isu 3R iaitu institusi diraja, agama dan kaum demi menjaga dan mengekalkan ketenteraman awam.
“Tindakan akan diambil kepada semua pihak tanpa mengira parti jika menyentuh isu berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bachok yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS…