Hot FM

Hadi ingatkan kuasa politik Melayu hilang jika berpecah, tak mengundi


Presiden PAS Hadi Awang di kediaman Yasin Sarif, bapa kepada calon BN DUN Sungai Udang, Rais Yasin, di Kampung Paya Rumput.
TANGGA BATU:

Presiden PAS Hadi Awang mengingatkan orang Melayu keluar mengundi pada PRN Melaka esok kerana perpecahan dan kegagalan menunaikan tanggungjawab itu boleh menyebabkan kuasa politik Melayu Islam terjejas.

Beliau bimbang keadaan itu berlaku jika pengundi Melayu tidak keluar mengundi, sedangkan orang bukan Islam menunaikan tanggungjawab mereka.

“Apa yang kita bimbang, orang Melayu tak keluar mengundi. Orang bukan Islam keluar mengundi. Mereka ramai keluar mengundi, kita orang Melayu tak keluar mengundi.

“Berpecah pula. Kuasa politik hilang. Dan sebab itulah perpaduan ini sangat penting,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di kediaman Yasin Sarif, bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) DUN Sungai Udang, Rais Yasin, di Kampung Paya Rumput.

Hadi berkata, perpaduan penting bagi mengelakkan perpecahan yang boleh melemahkan kedudukan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version