Hot FM

Hadi kafirkan PAS untuk kerjasama dengan Umno, parti bukan Islam, dakwa Dr M



Dr Mahathir Mohamad.

SERDANG: Dr Mahathir Mohamad melabel PAS sebagai parti kafir kerana sanggup bekerjasama dengan Umno dan parti bukan Islam demi kuasa dan kedudukan.

Pengerusi Pejuang itu berkata Abdul Hadi Awang yang pernah mengkafirkan Umno kerana bekerjasama dengan parti bukan Islam, kini “merelakan PAS dikafirkan” untuk bekerjasama dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN).

“PAS kita dapati tindakan mereka pelik sikit sebab tindakan mereka berbeza dengan pendirian PAS dulu, dahulu PAS kata Umno ni parti kafir dan macam-macam tuduhan dibuat tetapi tanpa menafikan Umno kafir, mereka bekerjasama dengan kafir.

“Ini yang kita fikir pelik. Nampak seolah-olah PAS ni ‘opurtunis’. Nampak peluang prinsip diketepikan…kononnya berjuang untuk Islam. Tak boleh bekerjasama dengan orang kafir (nanti) kita jadi kafir tetapi dia jadi kafir.

“Mengikut tafsiran PAS, PAS sekarang ini parti kafir selagi dia tak hapuskan dakwaan atau tolak dakwaan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version