
PETALING JAYA: Hadi Awang mempertahankan pemberian wang, selepas PAS dituduh menyogok pengundi dengan mengagihkan bantuan yang diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15.
“Ikut undang-undang pilihan raya, calon atau wakil calon tak boleh bagi. Jadi orang awam nak bagi sedekah terpulang pada dia lah,” kata presiden PAS itu kepada pemberita, selepas program Perikatan Nasional di Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan siapa atau apa yang dimaksudkan sebagai “orang awam”.
Hadi berkata demikian apabila ditanya mengenai langkah Umno Terengganu memfailkan petisyen kepada Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang, dan Kemaman.
Ketua Umno…