Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hadi sah pertahan Marang pada PRU15

today29 October 2022

Background



Abdul Hadi Awang bertanding di kerusi Marang sejak 10 penggal lalu dan hanya tewas tiga kali pada 1978, 1986 serta 2004.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mengesahkan Presidennya, Abdul Hadi Awang akan mempertahankan kerusi Parlimen Marang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Saya tidak tahu pun desas-desus yang mengatakan beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya kali ini.

“Saya boleh mengesahkan di sini bahawa beliau akan pertahankan kerusinya,” katanya dipetik Bernama selepas merasmikan Program Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.

Hadi bertanding di Marang sejak 1978 yang merupakan kerusi Dewan Undangan Negeri, sebelum ia dinaik taraf menjadi kawasan Parlimen pada 1986.

Sepanjang 10 penggal itu, Hadi tewas tiga kali pada 1978, 1986 dan 2004.

Pada PRU14, Hadi memenangi Parlimen Marang dengan majoriti 21,954 undi, menewaskan calon Barisan Nasional, Mohamad Noor Endut dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post