Hot FM

Hadi tunggu undangan | Free Malaysia Today (FMT)



PETALING JAYA: Hadi Awang berkata beliau sedang menunggu undangan, tidak lama selepas Perikatan Nasional mengumumkan ia sudah menghantar lebih daripada 112 akuan berkanun kepada Istana Negara.

“Kami dah cukup. Kami dah hantar. Tunggu untuk diundang,” kata presiden PAS di Facebook.

Terdahulu, Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin dalam kenyataan media berkata gabungan itu telah menyerahkan lebih daripada 112 akuan berkanun menyokong Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri, kepada Agong.

Bagaimanapun, dalam perkembangan lain, seorang pegawai komunkasi kepada Ahli Parlimen Sembrong berkata satu kenyataan media tular mendakwa Hishammuddin Hussein dan sembilan wakil rakyat Umno menyokong Muhyiddin adalah palsu.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version