Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Hafiz Suip Penat Asyik Difitnah… Bersyukur Ada Sahabat Tak Pernah Tuduh Bukan-Bukan

today5 June 2024

Background

Penyanyi, Hafiz Suip meluahkan rasa syukur dikurniakan beberapa sahabat yang sangat baik serta tidak pernah menuduhnya perkara yang tidak benar.

Berdasarkan hantaran di TikTok, pelantun lagu popular Awan Nano ini memuat naik foto di kedai makan bersama rakan-rakan yang telah mengenalinya sejak di bangku sekolah.

“Diorang ni lah sama dengan aku dari sekolah sampai la ni..ni pun ada lagi yang tak sempat nak invite(sebab dah lewat) dan ada yang dah lost contact..still diorang tak ada assume aku atau tuduh aku yang bukan-bukan sebab diorang kenal aku siapa,” tulisnya.

Malah dalam muat naik sama, Hafiz mempersoalkan tindakan netizen yang tidak henti melemparkan fitnah terhadapnya lebih-lebih lagi mereka tidak mengenalinya secara peribadi.

“So, netizen apa cerita ek? Sempat ke nak mintak maaf depan-depan nanti?,” katanya lagi berserta tanda pagar #beranikeranabenar #terusbersinar#daripadafitnahbaikbunuh.

Hafiz Suip

Sebelum ini, ada individu mendakwa rumah tangganya bersama isteri, Nureffy Jesreel Abdullah berpisah akibat selebriti ini dikatakan telah mengabaikan tanggungjawabnya.

Menerusi video dimuat naik di TikTok Story, Hafiz terhibur apabila terdapat individu yang komen sedemikian yang dianggap seolah-olah tidak masuk dek akal fikirannya.

Terdahulu, Hafiz meluahkan rasa rindu terhadap kedua-dua anak lelakinya, Muhammad Riyadh Zafri, dan Muhammad Alkaf Zayne.

Namun begitu, tanda pagar #janganmainapi yang ditulis oleh Hafiz di kapsyen mencetus tanda tanya.

Timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Hafiz bersama isterinya, Nureffy dikatakan sedang bergolak.

Isu tersebut menjadi semakin menimbulkan persoalan selepas Hafiz bertindak menyahaktifkan akaun media sosial miliknya.

Bagaimanapun, sehingga saat in Hafiz masih belum bersuara mengenai dakwaan pergolakan rumah tangganya itu.

Artikel Berkaitan: Hafiz Suip Menghilang Lagi, Status Rumah Tangga Jadi Tanda Tanya

Artikel Berkaitan: Hafiz Suip Luah Rasa Rindu Pada Anak-Anak, Kapsyen #JanganMainApi Raih Perhatian… Netizen Titip Kata Semangat! – “Bangkit, Buat Comeback…”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Dakwa Rumah Tangga Bersama Isteri Terlerai Sebab Abai Tanggungjawab, Ini Respons Hafiz Suip – “Jangan Sembang Macam Kenal Aku”

Written by: Salma