
PETALING JAYA: Langkah Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor mengendalikan kemelut politik di negeri itu menunjukkan sifatnya yang pemurah dan inklusif berbanding Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, kata seorang penganalisis.
Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah, berkata adalah wajar Jemaah Menteri kerajaan Hajiji terdiri daripada wakil parti yang menyokongnya sebagai ketua menteri.
Awal hari ini, Hajiji mengumumkan barisan Jemaah Menteri baharunya dengan menggugurkan pemimpin Umno menentangnya, termasuk Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin, Jafry Ariffin dan Yakub Khan.
Beliau turut melantik Christina Liew dari PKR dan Phoong Jin Zhe dari DAP sebagai menteri, dan melantik Shahelmey Yahya sebagai timbalan ketua menteri…