Site icon Hot FM

Hajiji sangkal dakwaan salah guna kuasa perjanjian tanah di Kudat


Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata beliau akan berunding dengan peguam untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap dakwaan itu.

PETALING JAYA: Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor menyangkal dakwaan tular mengatakan beliau menyalahgunakan kuasa dalam meluluskan perjanjian tanah di Kudat.

Beliau menegaskan, semua urusan permohonan melalui prosedur diperlukan dan dilakukan mengikut lunas undang-undang.

“Semua permohonan telah melalui prosedur yang diperlukan melalui mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC) dan diproses di pejabat.

“Permohonan tanah Yayasan Sabah telah dirujuk kepada Lembaga Pengarah Innoprise Corporation Sdn Bhd dan semuanya dilakukan mengikut undang-undang,” katanya dalam kenyataan menurut Sinar Harian.

Bagaimanapun, Hajiji berkata beliau akan memberikan kerjasama penuh berhubung sebarang siasatan mengenai dakwaan itu.

Katanya, siasatan akan dilakukan dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang mengeluarkan dokumen sulit digunakan untuk…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version